Perak Hari Ini

PRU14: Manifesto BN Perak Mampu Direalisasikan

IPOH: Manifesto Barisan Nasional (BN) Perak yang dilancarkan bersempena dengan Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) merupakan sebuah manifesto yang mampu dicapai, berdasarkan kemampuan dan pengalaman BN Negeri mentadbir kerajaan Perak selama ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, tidak seperti manifesto pembangkang yang hanya lebih kepada ‘gula-gula’, BN Perak  mengetengahkan visi bagi merangka strategi mengalakkan pertumbuhan yang mana ianya dapat menjadi pemangkin kepada usaha-usaha pembangunan negeri dan rakyat untuk masa akan datang.

Jelasnya, manifesto dan gerak kerja BN di Perak sepanjang 5 tahun ini akan diterima rakyat dan ia akhirnya dapat membantu BN mempertahankan negeri selain mencapai kecemerlangan yang lebih baik berbanding Pilihanraya Umum lalu.

Walaupun ia merupakan manifesto baharu untuk PRU14, namun, Zambry yang juga Menteri Besar berkata, terdapat juga beberapa item yang dikekalkan daripada manifesto yang lalu.

“Sebahagian besar dalan manifesto ini, lebih daripada 75 peratus adalah perkara-perkara baharu. Manifesto ini juga merupakan kesinambungan terhadap apa yang telah kita lakukan ketika mentadbir negeri Perak. Apa yang telah dicapai dan usaha, tak boleh dibuang begitu sahaja.

“Sebagai contoh, kita pernah menjanjikan Pelan Tindakan Perak Amanjaya dan kini, untuk pusingan terbaharu, kita meneruskannya dan melancarkan Pelan Tindakan Perak Amanjaya 2.0. Kita memerlukan unjuran baru supaya apa yang kita telah laksanakan, akan ditambah,” katanya.

Ketika diminta mengulas tentang manifesto BN Perak yang telah mengariskan golongan muda sebagai salah satu ‘7 Keutamaan’, Zambry berkata, kerajaan negeri sentisa berusaha untuk membangunkan golongan tersebut termasuk mempertingkatkan tahap pengupayaan mereka.

“Sebagai contoh, kita akan mewujudkan Akademi Insan Muda Amanjaya (AIMAN), inisiatif untuk anak-anak Perak yang mendapat keputusan cemerlang dalam pengajian mereka dan sebagainya.

“Begitu juga, peluang-peluang pekerjaan kita akan tambahkan dan Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA), akan terus memainkan peranan mereka,” ujarnya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Manifesto PRU14 BN Perak, di Kediaman Menteri Besar, dekat sini, pada Sabtu.

Majlis yang disertai lebih daripada 5000 orang itu turut dihadiri Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, Datuk R. S. Thanenthiran dan barisan kepimpinan parti-parti komponen BN Negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");