Perak Hari Ini

Puhat Dekati Penduduk Parit Buntar

PARIT BUNTAR: Setelah proses penamaan calon semalam, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan memulakan gerak kerjanya mendekati penduduk setempat.

Jadual Puhat bermula seawal jam 8 pagi apabila beliau bersarapan di kedai makan Tok Mat di Bandar Parit Buntar bersama jentera BN.

9.00 pagi: Puhat kemudiaanya melawat para peniaga dan beramah mesra dengan orang ramai di pasar Batu 5 di sini.

9.30 pagi: Beliau kemudiannya melawat pusat Daerah Mengundi Parit Haji Ali.

11.00 pagi: beliau kemudian sempat singgah ke Medan Selera Kuala Kurau kari ikan sembilang dan menikmati hidangan terkenal di Parit Buntar.

Beliau juga bersalaman dan bertegur sapa bersama penduduk setempat.

Demam Pilihan Raya Umum (PRU) yang datang lima tahun sekali tiba lagi tahun ini dan tarikh hari pengundian dijadualkan pada 9 Mei ini.

Abdul Puhat merupakan calon BN bagi kerusi Parlimen Parit Buntar yang juga merupakan calon baru bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");