Isu Panas

Suntikan semangat buat BN

SEREMBAN – Kejayaan Datuk Seri Mohamad Hasan mengekalkan penguasaan di kerusi Dun Rantau tanpa perlu bertanding, disifatkan sebagai langkah kanan kepada BN di negeri ini.

Ketua Pemuda MCA, Senator Datuk Chong Sin Woon berkata, situasi melibatkan Pengerusi BN Negeri Sembilan yang mesra disapa dengan panggilan Tok Mat itu telah meningkatkan keyakinan seluruh jentera untuk menghadapi PRU14.

“Macam kita main permainan video. Tenaga dah tinggal separuh dalam tempoh dua minggu, sebelum (proses) pencalonan.

“Tapi sekarang bateri dah penuh balik dan kita boleh bertahan sampai 9 Mei (hari pengundian),” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap Mohamad dapat meluangkan masa untuk membantu jentera di kawasan lain selepas ini.

“Rasanya semua calon, sama ada Parlimen atau Dun menantikan kehadiran Tok Mat untuk beri suntikan semangat.

“Macam di Seremban, kita (nak) jemput Tok Mat turun. Memang dah banyak kali turun, tapi kita minta sekali lagi untuk bantu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Jualan Sentuhan Kasih di Tapak Skim Rondaan Sukarela (SRS) Taman Desa Rhu, Sikamat, di sini, semalam.

Turut hadir, calon BN Dun Sikamat, Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat dan calon BN Dun Ampangan, Datuk Abu Ubaidah Redza.

Mengulas nasib menimpa lawan Mohamad pula, Sin Woon punya pandangan tersendiri.

“Semua itu kesilapan mereka. Pertama, menunjukkan mereka tak buat persiapan. Kedua, mungkin mereka terlalu yakin hingga lalai.

“Jadi jangan salahkan Tok Mat dan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya). Sebaliknya biar kita bertanding dengan cara yang betul,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");