Perak Hari Ini

Zahid Tinjau Kerja-Kerja Pembinaan Kompleks Umno Bagan Datuk

BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri hari ini, menerusi lawatan kerjanya melawat tapak Kompleks Umno Bagan Datuk di Parit 4, Sungai Sumun, dekat sini.

Keberadaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang meninjau perkembangan kerja-kerja pembinaan bangunan tersebut, sekitar 30 minit itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup pada penggal lalu.

Difahamkan kompleks yang kini sudah siap 90 peratus itu dilengkapi dengan beberapa kemudahan antaranya, kafeteria, gelanggang futsal, ruangan parkir, serta dewan yang dikenali sebagai Dewan Perdana Bagan Datuk.

Kompleks Umno Bagan Datuk yang dijangka siap pada bulan hadapan itu dibina bertujuan menggantikan Bangunan Umno Bagan Datuk yang berada di Simpang 4 Hutan Melintang.

Jarak antara bangunan asal dan yang baharu ini dianggarkan sekitar 11 kilometer.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");