Perak Hari Ini

Jangan Khianati, Runtuhkan Parti Keramat UMNO

KUALA KANGSAR:Semua jentera parti BN dinasihati supaya tidak mengkhianati dan meruntuhkan survival parti keramat UMNO dan BN biarpun berbeza pendapat.

Presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyeru supaya jentera  BN untuk lebih bersemangat dan memastikan kemenangan berpihak kepada parti itu.

“Jentera BN perlu bekerja keras satu orang mesti dapat kesan tambahan limpahan jangan ada yang berebut, mengkhianati parti, kita mesti pandang kehadapan kita tahu bahawa survival kita perlu diteruskan.

“Marah macam mana, berbeza pendapat tak suka perdana menteri tak apa jangan meruntuhkan parti kesayangan kita,” katanya semasa menyampaikan ucapan dihadapan 5,000 penyokong BN pada program ramah mesra dan jamuan rakyat di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Katanya hanya melalui BN boleh meneruskan perjuangan parti keramat yang banyak berjasa banyak pihak termasuk bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita termasuk pada orang pernah jadi perdana Menteri 22 tahun dia tak kuat saya pun tak kuat dia kuat kerana UMNO dan BN dibelakang.

“Jangan lupa tak boleh khianat UMNO dan BN kerana parti ini banyak berjasa dan perjuangan UMNO, BN pertahankan Malaysia tetapi ada hati orang itu mahu runtuhkan parti yang banyak berjasa ini.Tetapi saya akan pastikan BN akan menang sekali lagi,” katanya.

Kata Najib lagi, pilihan raya umum (PRU) kali ini akan menentukan hala tuju masa depan negara dan soal peribadi dan siapa calon perlu ditolak tepi.

“Kita perlu fikir ini bukan soal peribadi bukan soal siapa calon jangan pikir siapa jadi calon fikir masa depan anak cucu kita pikir masa depan negara kita. Yang belah sana siapa puak-puak sana kita tak tahu.

“Orang Perak dah tahu 11 bulan betul? Kita dah kenal dia siapa tak kan kita nak biarkan pisang berbuah dua kali tak akan kita nak biarkan Perak jatuh pada tangan pembangkang tambah negara kita sekalipun.

“Orang dah 93 tahun bukan cerminan muka masa depan Malaysia bukan nak kutuk tetapi cakap realiti,” katanya.

Jelasnya lagi, harapan perlu diletakkan kepada  pihak yang akan membawa kearah kerajaan yang lebih baik lagi.

“Pastikan negara kita dimartabatkan antara terhebat di dunia,kita dah ada perancangan yang cukup dan antik cuma nak menang besar sahaja,” katanya lagi serta disambut sorakan kuat daripada tetamu yang hadir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");