Perak Hari Ini

Zon Larangan Merokok Di Stadium Perak

IPOH:Kerajaan Negeri Perak merancang untuk memperkenalkan satu elemen baru iaitu zon larangan merokok di Stadium Perak setelah ia siap dinaiktaraf sepenuhnya.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, tindakan itu dibuat bagi memastikan kawasan sekitar stadium bebas daripada asap rokok dan menitikberatkan keselesaan golongan wanita dan kanak-kanak yang menjadi penonton di stadium.

Beliau yang juga merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pelaksana Sukma XIX Perak berkata langkah itu bukan sahaja dilaksanakan sempena temasya sukan tersebut tetapi akan terus dipraktikan secara keseluruhannya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan projek naiktaraf Stadium Perak bagi pemasangan kerusi,grandstand dan Trek larian yang menelan belanja sejumlah RM18.5 juta.

“Tiga perkara kita tinjau hari ini ialah trek, grandstand dan kerusi yang menelan belanja sekitar RM18.5 juta, kontraktor telah jalankan kerja pada masa ditetapkan malah pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengadakan lawatan bagi memastikan padang ini boleh digunakan atau tidak serta berdasarkan laporan semalam kita masih menunggu keputusan rasmi,” katanya.

Mengulas mengenai zon larang merokok itu, Puhat berkata pihaknya akan bekerjasama dengan pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi memastikan tiada unsur vandalisme dan larangan itu dapat dilaksanakan.

“Kami meminta agar stadium yang telah dinaiktaraf ini digunakan dengan sebaiknya dan penonton dinasihati agar tidak melakukan kerosakan seperti membakar mercun dan menconteng kawasan stadium.

“Zon larangan merokok pada permulaan akan dibahagikan untuk kawasan tertentu namun langkah ini akan digunakan secara berterusan dan dilaksanakan di seluruh stadium dalam negeri ini kelak,” katanya.

Katanya lagi beberapa lokasi Venue SUKMA 2018 sedang giat dinaiktaraf mengikut jadual yang ditetapkan pada penghujung Jun ini.

Stadium Perak boleh memuatkan sehingga 29,000 penonton dalam satu masa dan bagi penyediaan venue SUKMA 2018 Stadium Perak telah dinaiktaraf melibatkan bangunan anjung utama, grandstand,medan selera, dan bahagian teres berbumbung, trek larian dan kerusi penonton.

Turut disediakan antaranya tambahan bilik persalinan, bilik medical, bilik mesyuarat, bilik doping dan surau malah trek larian Herculan SR Olympic juga dipastikan mematuhi piawaian Persatuan Atletik Amatur Antarabangsa (International Amateur Athletic Federation-IAAF kelas ke-2.

Terdapat juga sembilan lorong trek latihan dan tiga ‘long jump’ dan ‘triple jump’ bagi acara olahraga larian berhalangan, lompat tinggi, lompat jauh, lompat kijang, lempar cakera, lontar peluru dan lain -lain acara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");