Jenayah

Anak Lembu Dua Kepala, Lima Kaki

REMBANG – INDONESIA. Seekor anak lembu di Rembang dilahirkan dalam keadaan berbeza yang mana ia mempunyai dua kepala dan lima kaki.

Kepala tambahan haiwan itu berada di bawah perutnya dan turut mempunyai sepasang telinga serta bentuk seperti tengkorak.

Manakala kaki kelimanya juga berada di bahagian bawah perut.

Pemiliknya, Suparman di Desa Sridadi, Kecamatan kota Rembang memberitahu, anak lembu betina itu lahir secara normal, semalam.

“Walaupun keadaannya seperti itu, ia masih boleh bergerak seperti biasa. Tetapi, ia perlu bantuan saya ketika menyusu,” ujarnya.

Jelasnya, ibu lembu tersebut sudah tujuh kali melahirkan kembar.

“Ia mungkin mahu menjadi kembar, namun tidak terbentuk dengan sempurna. Saya tidak berniat untuk menjualnya seperti anak lembu yang lain kerana saya mahu merawatnya,” katanya lagi. – Detiknews

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");