Perak Hari Ini

Anwar Harap GLC Negeri Yang Berprestasi Baik, Dikekalkan

IPOH: Pakatan Harapan (PH) Negeri Perak   dihasihatkan agar teliti dalam membuat sebarang keputusan berkenaan permansuhan mana-mana syarikat berkenaan kerajaan (GLC) yang telah wujud sewaktu pemerintahan kerajaan sebelum ini.

Ketua Umum PH Nasional, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun kerajaan negeri digesa mengikut langkah kerajaan persekutuan namun, jika terdapat sebarang GLC yang mempunyai prestasi baik dan berguna kepada kerajaan negeri ianya harus dikekalkan.

Jelasnya, Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu dan pimpinan EXCO harus melaksanakan ia selaras dengan aspirasi PH iaitu ‘good governance’ ataupun sistem tadbir urus kerajaan yang baik.

“Saya tak ada masalah syarikat yang bermanfaat kepada negeri namun, jika terdapat sebarang unsur pertindihan,  pembaziran ataupun pembayaran elaun kepada pengerusi GLC yang jumlahnya tidak masuk akal, itu harus dihapuskan.

“Walau bagaimanapun, saya nasihatkan jangan gopoh dan jangan ambil tindakan atas dasar dendam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan pertemuan ringkas dengan barisan kepimpian kerajaan negeri di Hotel Rivefront, dekat sini, pada Selasa.

Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan agar pimpinan PH Perak dapat menjalankan amanah yang diberikan rakyat pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) dengan sebaik mungkin selain berpendirian teguh dalam memerangi gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Suami Timbalan Perdana Menteri itu juga berkata sempat menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di Ibu Negara sebelum tiba di Ipoh.

Sejurus selepas perjumpaan di Hotel Riverfront, Anwar dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri hadir ke majlis berbuka puasa di Kampung Manjoi, dekat sini, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");