Perak Hari Ini

‘Maaf Bagi Yang Rapat Dengan MB, Mahukan Projek, Jawatan…’

IPOH: “Kalau ada yang tiba-tiba yang rapat dengan Menteri Besar kerana mahukan projek, jawatan dan sebagainya, saya mohon maaf. Ianya tidak ada dalam prinsip Pakatan Harapan (PH),”

Demikian kata Pengerusi PH Perak, Ahmad Faizal Azumu ketika bercakap berkenaan terdapat segelintir pihak yang dikatakan secara tiba-tiba merapati beliau dan pimpinan PH yang didakwa mempunyai kepentingan tersendiri.

Jelasnya, walaupun beliau masih baharu namun, segala pengorbanan dan jasa pendokong-pendokong gerakan reformasi daripada dahulu sehingga kini, tidak dilupakannya.

“Kalau ada yang mahu berbaik dengan kita, kita beri sambutan yang baik. Akan tetapi, dia harus mula dari bawah. Jasa orang lama, saya tidak akan lupa,” katanya ketika berucap dalam majlis berbuka puasa di Kampung Manjoi dekat sini, pada Selasa.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal yang juga Menteri Besar Perak berkata kemungkinan beberapa janji dalam manifesto PH Perak harus memerlukan sedikit masa bagi melaksanakannya.

Walau bagaimanapun ujarnya, terdapat beberapa janji yang akan dapat dilaksanakan pada tahun ini seperti janji memberikan bekalan air bersih secara percuma kepada golongan sasar.

“Saya telah berjumpa dengan pegawai kewangan negeri dan pihaknya telah bersetuju untuk membantu kita melaksanakan janji-janji menifesto Pilihanraya Umum Ke-14 lalu bermula tahun ini juga,” jelasnya.

Majlis turut dihadiri Ketua Umum PH Nasional, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta  barisan kepimpinan PH Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");