Perak Hari Ini

Aziz Bari Saja Nak Jentik Saya: Ds Zambry

PARIT BUNTAR:”Orang Perak lebih tahu apa yang dia cakapkan itu, dia nak jentik-jentik saya supaya saya sambut dia (jawab),”komen ringkas

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry yang enggan mengulas kritikan yang dilontarkan Calon Melayu dari DAP, Abdul Aziz Bari baru-baru ini dan menganggap ia sebagai sesuatu yang tidak perlu dilayan.

Zambry lebih selesa untuk menumpukan soal kebajikan rakyat serta pembangunan negeri daripada melayan gaya politik yang diamalkan calon DAP itu.

Sementara itu menjawab tomahan tersebut Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid memberi amaran keras supaya Abdul Aziz tidak bersikap biadap dan kurang ajar.

“Dia baru dua tiga hari datang ke Negeri Perak itu pun tidak diterima di Selangor nak tunjuk belangnya di sini.

“Dia sebenarnya memalukan golongan akademik yang mana golongan ini apabila ingin bercakap dia mesti buat kajian dahulu tetapi dia cakap hentam kromo sahaja,” katanya ketika ditemui media di majlis pelancaran Dataran Amanjaya Simpang 5 Parit Buntar di sini hari ini.

Jelasnya Abdul Aziz tidak mengetahui usaha yang telah lakukan dibawah pentadbiran Datuk Seri Zambry menerusi dasar Amanjaya, slogan tiada tertinggal tiada terpinggir serta program permukiman yang hanya akan dibuktikan keberkesanannya apabila Barisan Nasional memperolehi kemenangan dalam pilihan raya umum ke-14 kelak.

“Dia datang tempat orang merempat datang bertanding di negeri orang baru masuk sini sehari dua jangan biadap dan jangan kurang ajar.

“Dia cakap ikut sedap mulut sahaja kerana kita bergerak melalui program permukiman yang membantu menyelesaikan masalah rakyat.

“Mungkin ada yang masih belum siap dilaksanakan namun dakwaan kita tidak turun membantu rakyat ia adalah tomahan dan hanya main bercakap sahaja,” katanya.

Terdahulu calon mendakwa Dr Zambry sebagai pemimpin yang malas dan tidak mengambil tahu kesusahan rakyat khususnya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebing Tinggi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");