Berita Hari Ini

5 ‘hadiah istimewa’ Hari Pekerja 2018

[email protected]
Share

Tweet

Share
KUALA LUMPUR: Pengorbanan lebih 14 juta penjawat sektor swasta dan awam negara terus dihargai menerusi pengumuman lima ‘hadiah istimewa’, sempena Hari Pekerja 2018.

Ia mencakupi pemberian peruntukan khas, dasar perintah gaji minimum, perlindungan keselamatan sosial, kebajikan keluarga pekerja dan persiapan mendepani Revolusi Industri 4.0.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan berita gembira itu berkata, pemberian khas bernilai RM3 juta kepada kesatuan sektor swasta pada tahun ini adalah bagi menghargai prinsip walak terhadap kerajaan yang terus dijadikan sandaran dalam kalangan pekerja di negara ini.

“Geran ini akan diagihkan sebaik mungkin oleh kesatuan untuk pelbagai kegunaan,” katanya pada ucaptama perasmian Hari Pekerja 2018, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Yang turut hadir Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem dan timbalannya, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Dr Mohd Gazali Abas.

Selain itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman; Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor.

Penganjuran sambutan kali ke-46 bertemakan ‘Pekerja Berkemahiran Peneraju Kecemerlangan Negara’ dengan dihadiri lebih 5,000 penjawat daripada pelbagai sektor turut menyaksikan pemberian anugerah khas kepada 11 penerima terpilih.

Najib berkata, MTUC memperjuangkan dasar gaji minimum sejak 1998, namun pemimpin utama kerajaan ketika itu langsung tidak mengendahkan permintaan berkenaan, sekali gus menyaksikan golongan pekerja dibayar serendah RM400 sebulan.

“Tanpa perlu menunggu 22 tahun, saya mengumumkan kadar gaji RM900 untuk Semenanjung, manakala RM800 bagi Sabah dan Sarawak dilaksana menerusi Dasar Gaji Minimum Kebangsaan semasa membentangkan Bajet 2011 pada Oktober 2010.

“Saya akan menaikkan gaji minimum ketika ini, iaitu RM1,000 untuk Semenanjung, manakala RM920 bagi Sabah dan Sarawak kepada kadar baharu yang akan diumumkan pada tahun ini juga.

“Jika nak kadarnya lebih tinggi, kena undi dan bagi menang Barisan Nasional (BN) dululah,” katanya disahut sorakan gemuruh yang memenuhi segenap ruang Dewan Merdeka.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");