Perak Hari Ini

Dakwaan Keputusan Pengiraan Undi Awal Bukti Pembangkang Makin Terdesak

MANJUNG: Dakwaan kononnya telah berlaku proses pengiraan undi awal di Parlimen Lumut, selepas waktu pengundian awal Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) yang diadakan Sabtu lepas disifatkan sebagai langkah akhir terdesak pembangkang.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, dakwaan yang menyebut keputusan pengiraan yang menyebelahi pihak pembangkang juga merupakan sebagai salah satu strategi bagi mengalihkan perhatian umum daripada terus menyokong BN.

Jelasnya, sebagaimana yang dinyatakan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, walaupun pengundian awal itu telah dilakukan namun, proses pengiraan hanya akan dibuat pada esok.

“Oleh sebab propaganda saat-saat akhir ini dimainkan pihak-pihak tertenu, ia telah menyebabkan seolah-olah ada yang percaya.

“Ia bukan sahaja berlaku di Parlimen Lumut malah berlaku di seluruh negara. Saya anggap ini ialah langkah terdesak mereka.

“Saya ingin memaklumkan kepada orang ramai dan pengundi supaya jangan percaya terhadap dakwaan ini,” katanya yang juga calon BN bagi Parlimen Lumut dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor.

Tegasnya, walau apa juga fitnah dan langkah-langkah pihah tertentu yang mahu melemahkan gerakan BN sebelum tiba hari pengundian, kerja-kerja jentera akan tetap diteruskan sehingga BN mencapai kemenangan pada PRU14, di semua kawasan.

Ujar Zambry, setiap jentera harus turut sentiasa bersedia, membantu parti dalam memberi penerangan kepada pengundi-pengundi tentang setiap dakwaan yang sengaja direka pembangkang.

Beliau berkata demikian kepada media ketika di temui di Bilik Gerakan BN Parlimen Lumut, dekat sini, pada Selasa.

Hadir sama, calon BN DUN Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");