Perak Hari Ini

‘Calon PM Pun Boleh Dipermainkan’

MANJUNG: Tindakan keceluparan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang menghina individu tertentu dikalangan kepimpinan Pakatan Harapan bakal mewujudkan rasa tidak selesa antara ahli parti dan penyokongnya pada saat ini, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak.

Ujar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, sifat sebenar pemimpin pembangkang itu juga kini bukan sahaja diketahui oleh rakyat Perak, malah ianya juga diketahui di seluruh negara.

Tegasnya, sikap Kor Ming yang biadap, celupar dan lantang tanpa menghiraukan sesiapa itu tidak melayakkan dirinya untuk diangkat sebagai pemimpin.

“Bayangkanlah watak seperti ini. Calon Perdana Menteri dia pun boleh dipermain-mainkan. Bayangkanlah watak seperti ini yang hendak jadi calon menteri?

“Kita sering dengar mereka kata jangan takut dengan DAP. Tapi, cuba kita tengok apa yang pernah berlaku di Perak dahulu,” katanya.

Zambry yang juga calon BN bagi Parlimen Lumut dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor turut menyeru agar pengundi-pengundi dapat menilai sendiri sifat sebenar ahli pembangkang tersebut.

Terdahulu, satu klip video ceramah Kor Ming menjadi tular apabila Kor Ming mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan hidup lama dan memberi mesej DAP menggunakan bantuannya dalam Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14), untuk menjatuhkan BN dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pada perkembangan sama, ketika diminta mengulas tentang pendedahan ahli seumur hidup DAP, Amran Ahmad Nor yang mengatakan parti itu berhasrat menuntut jawatan Menteri Besar jika berjaya merampas Perak pada PRU14, Zambry berkata ianya harus diambil serius oleh semua rakyat.

“Hari ini jelaslah apa yang dikatakan mereka selama ini, tentang permainan DAP.

“Orang ramai tahu bagaimana permainan mereka dalam ingin terus berkuasa dengan meletakkan calon mereka sebagai Menteri Besar, sehingga mengenepikan calon kesayangan mereka, Nizar Jamaluddin,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika di temui di Bilik Gerakan BN Parlimen Lumut, dekat sini, pada Selasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");