Perak Hari Ini

Kami Tak Lompat Parti, Hanya Sokong

IPOH: Bekas EXCO Kerajaan Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin mengesahkan dirinya bersama seorang lagi bekas EXCO kerajaan negeri bukan melompat parti.

Beliau berkata, dia bersama ADUN Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi, sebaliknya hanya menyokong nama ADUN Chenderiang, Ahmad Faizal Azumu, sebagai calon Menteri Besar Perak.

Katanya, mereka memaklumkan pendirian dan sokongan itu kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika mengadap baginda di Istana Kinta di sini atas beberapa sebab.

“Kami (dirinya dan Nolee Ashilin) tidak lompat parti.

“Saya sendiri menyembah maklum kepada Tuanku Sultan bahawa saya hanya menyokong nama ADUN Chenderiang sebagai calon Menteri Besar, itu pengakuan yang saya tandatangani.

“Keputusan saya ini bukan atas hasutan, dipujuk, ada tawar menawar atau membabitkan permintaan itu dan ini, sebaliknya atas kehendak saya sendiri,” katanya ketika dihubungi NSTP di sini, malam ini.

Sokongan kedua-dua ADUN BN itu membolehkan PH membentuk kerajaan negeri hari ini dengan perkenan Sultan Perak, apabila mendapat 31 kerusi berbanding 29 kerusi asal dimenangi PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Rabu lalu.

Pembentukan Kerajaan Perak ‘tergantung’ sejak Rabu lalu berikutan tiada mana-mana parti daripada Barisan Nasional (BN), PKR dan PAS mendapat majoriti mudah iaitu 30 kerusi DUN.

PH menang di 29 kerusi DUN, manakala BN (27) dan PAS (3).-BH

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");