Perak Hari Ini

MB Perak Tidak Pandang Rendah Kehendak Rakyat

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang berkata, keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) jelas menunjukkan rakyat Perak inginkan kerajaan yang efektif, telus, ikhlas dan berwibawa.

“Inilah mesej yang disampaikan rakyat Malaysia secara amnya dan kami di PH tidak memandang rendah kehendak rakyat,” katanya dalam kenyataan yang diedarkan kepada media selepas mengangkat sumpah jawatan dan menandatangani watikah sebagai Menteri Besar Perak ke-12 atas perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandarian di sini, hari ini.

Ahmad Faizal berkata, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk memastikan kemakmuran dan kepentingan negeri.

“PH berterima kasih kepada seluruh rakyat Perak yang meletakkan kepercayaan mereka dengan memilih kami sebagai wakil kerajaan.

“Kami juga memohon maaf kerana kelewatan membentuk kerajaan negeri bagi memastikan peralihan kuasa berlaku sebaik mungkin,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Faizal mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baharu di hadapan Sultan Nazrin.

Turut hadir pada istiadat itu, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Dihilir, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris dan Raja Puan Muda, Tuanku Soraya Sultan Abdul Halim.

Sementara itu, hadir sama dalam istiadat bersejarah itu adalah bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Gabungan parti dalam PH berjaya memenangi PRU-14 di Perak dengan 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding Barisan Nasional (BN) 27 kerusi dan PAS (3).

PH berjaya membentuk kerajaan negeri menerusi majoriti mudah 31 kerusi selepas dua ADUN BN lompat parti menyokong pembentukan kerajaan PH.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");