Perak Hari Ini

Kerugian Perak Corp. Nga Minta SPRM Siasat

IPOH:DAP Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya melakukan siasatan berikutan dakwaan kerugian yang dialami Perak Corporation Berhad (PCB) kini.

Pengerusinya Nga Kor Ming berkata, memetik laporan theedgemarkets.com, PCB yang merupakan salah satu anak syarikat milik kerajaan Negeri Perak dikatakan telah mengalami kerugian yang mengejutkan sebanyak RM340.6 juta pada tahun 2017.

“Kerugian antara yang tertinggi dalam sejarah Perak Corp Berhad malah lebih membimbangkan laporan audit menunjukkan liabiliti adalah melebihi aset iaitu RM158 juta jumlah hutang berbanding asetnya dan bila -bila masa sahaja boleh menghadapi isu kebankrapan,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Katanya, PCB berhadapan dengan kelemahan pengurusan yang disifatkannya tidak berwibawa dan akibat daripada hutang operasi Taman Tema Animasi Studio (MAPS) yang masih tergendala operasinya menyebabkan PCB mengalami kerugian teruk.

“Namun kenyataan pihak pengurusan pula cara untuk menyelesaikan masalah adalah dengan cara menjual tanah bayar hutang, jadi selaku pihak kerajaan kini perlu bertanggungjawab meminta seluruh lembaga pengarah PCB meletakkan jawatan dengan segera jika dilantik melalui lantikan politik,” katanya.

Katanya, portal tersebut turut memetik kenyataan Ernst&Young iaitu bursa dan juruaudit menyenaraikan kemerosotan syarikat berkenaan sehingga mengakibatkan kerugian sebanyak RM167.2 juta melibatkan tumpuan audit dan subjek yang terlibat seperti hartanah serta peralatan anak syarikat yang mengendalikan taman tema MAPS apabila ianya tertangguh sehingga kini.

“SPRM perlu tampil menyiasat supaya mereka yang terlibat dalam salah laku dan penyelewengan melibatkan PCB supaya dapat dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Katanya, kebergantungan kepada perbadanan induk iaitu Kerajaan Negeri Perak yang juga merupakan pemegang saham majoriti perlu menanggung kerugian dialami pihak PCB kelak.

“Kepimpinan sudah terbukti tidak berupaya untuk menguruskan syarikat awam ini dan cara yang paling bermaruah adalah letak jawatan sebelum dipecat.

“Saya juga telah memaklumkan perkara ini kepada Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu dan saya berharap tindakan sepatutnya diambil,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");