Berita Hari Ini

Senarai Hitam: Najib Akur Arahan Jabatan Imigresen

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghormati keputusan Jabatan Imigresen Malaysia untuk menyenarai hitam beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari keluar negara.

“Saya telah dimaklumkan bahawa Jabatan Imigresen Malaysia tidak membenarkan saya dan keluarga ke luar negara. Saya menghormati arahan tersebut dan akan bersama keluarga dalam negara,” kata Najib dalam Facebook, sebagaimana dilaporkan Utusan Online.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali ketika dihubungi wartawan mengesahkan bekas pemimpin negara dan isterinya tidak disenarai hitamkan ke luar negara.

Bagaimanapun dalam kenyataan terbaharu Jabatan Imigresen Malaysia mengesahkan Najib dan isteri disenarai hitamkan.

Semalam tersebar laporan mengenai sebuah pesawat peribadi dari Indonesia akan membawa bekas pemimpin negara itu ke negara tersebut dari Lapangan Terbang Subang hari ini.

Laporan tersebut yang tidak dapat dipastikan kesahihannya telah menarik minat banyak pihak dan ada daripadanya menuduh pemimpin tersebut cuba melarikan diri ke luar negara selepas tewas mengejut dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");