Perak Hari Ini

Pakatan Harapan Akhirnya Bentuk Kerajaan Di Perak

IPOH:Pakatan Harapan telah berjaya mendapatkan majoriti mudah 31 kerusi bagi menubuhkan kerajaan di Negeri Perak.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak Ahmad Faizal Azumu berkata parti itu dapat membentuk kerajaan setelah mendapat sokongan daripada dua wakil rakyat daripada Barisan Nasional (BN).

Difahamkan dua Adun Barisan Nasional adalah Adun Tualang Sekah Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi dan Adun Sungai Manik,Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

“Dua orang wakil rakyat BN telah menyertai kami dan dijangkakan akan lebih ramai lagi menyertai Pakatan Harapan,” katanya di luar perkarangan Istana Kinta selepas menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini.

Katanya majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak bergantung kepada jemputan pihak Istana kelak.

Mengulas mengenai calon Menteri Besar katanya sudah pastinya berdasarkan Majlis Presiden Pakatan Harapan.

“Saya tiada kepastian berapa nama yang dicalonkan majlis presiden tetapi ia akan dibincangkan dan kami telah bersetuju memutuskan cadangan nama menteri besar kepada baginda Sultan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");