Berita Hari Ini

Najib Harus Diberi Keadilan Sebaik-baiknya

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Pahang mendesak polis supaya memberi keadilan sewajarnya kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketuanya, Mohd Shahar Abdullah beliau juga mendesak rakyat supaya lebih bersikap adil dan tidak sesekali membuat keputusan berdasarkan apa yang dilihat dan dibaca dalam media sosial hari ini.

“Kami melawat DS Najib di kediaman beliau sebentar tadi dan berpuas hati dengan keadaan beliau dan keluarganya yang sihat walafiat.

“Terima kasih kepada pasukan polis kerana melakukan proses siasatan dengan baik dan kerjasama sangat dihargai.

“Namun sebagai bekas perdana menteri, beliau (Najib) harus diberi keadilan sewajarnya oleh polis,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Paya Besar meminta polis supaya memberi tumpuan kepada isu yang sepatutnya dan bukan perkara yang tidak berkaitan dengan Najib.

“Jika ia melibatkan 1MDB kita kena beri tumpuan 1MDB jangan bawa cerita lain.Fokus isu sepatutnya dan bukan perkara yang tak melibatkan..Rakyat juga sila bersikap adil dan jangan membuat andaian dengan apa yang dilihat dalam media sosial.

“Kita kena faham Malaysia hari ini meletakkan nilai yang baik bukan hari ini sahaja berlaku dan ia akan dilihat generasi akan datang.,” tegasnya. MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");