Berita Hari Ini

Najib Mahu Luang Lebih Masa Dengan Keluarga

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil keputusan untuk bercuti dan meluangkan masa bersama keluarga selepas kekalahan BN dalam PRU14 baru-baru ini.

Dalam satu catatan di Twitter miliknya hari ini, beliau berkata BN komited untuk membantu proses peralihan kuasa seperti yang dinyatakannya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

“Selepas empat puluh tahun dalam arena politik dan berdasarkan kempen pilihan raya baru-baru ini yang dilihat merupakan satu detik penting dalam sejarah Malaysia, saya membuat keputusan untuk bercuti untuk tempoh yang pendek dan meluangkan masa bersama keluarga.

“BN hormati kehendak rakyat dan akan membantu untuk memudahkan proses peralihan kuasa,” tulisnya, sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Jelasanya lagi, “Apa yang terbaik untuk Malaysia dan rakyatnya sentiasa menjadi keutamaan saya. Saya akan terus berkhidmat untuk rakyat dengan kapasiti yang ada,”.

Keputusan PRU14 menyaksikan sejarah baharu terlakar apabila Pakatan Harapan (Harapan) berjaya memperoleh majoriti mudah melalui kemenangan di 113 kerusi Parlimen.

Ia sekaligus membolehkan Harapan menerajui mandat pemerintahan negara buat pertama kali selepas 60 tahun diperintah BN.

Manakala, hasrat BN untuk mengekalkan pentadbiran negara tidak kesampaian apabila hanya mampu menang di 79 kerusi Parlimen.

Berdasarkan pemilihan rakyat pada 9 Mei lalu, Najib menerusi Twitter beliau memohon maaf kepada penyokong BN dan rakyat Malaysia.

“Saya berdoa selepas keadaan berpecah belah ini, negara akan bersatu.

“Saya minta maaf atas sebarang kelemahan dan kesilapan, dan terima kasih rakyat Malaysia kerana memberi peluang kepada saya untuk memimpin negara hebat kita ini.

“Ia merupakan satu pencapaian dan kebanggaan bagi diri saya untuk berkhidmat untuk anda dan Malaysia,” tambah Najib.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");