Perak Hari Ini

Perak Angkat Sumpah Lantik Menteri Besar Dijangka Jam 5 Petang

IPOH: Majlis Angkat sumpah Menteri Besar Perak dijangka diadakan pada pukul 5 petang ini.

Perkara itu disahkan oleh Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini di hadapan perkarangan istana Kinta di sini pagi tadi.

Katanya segala persiapan bagi acara tersebut telah dilaksanakan yang dijangka akan berlangsung pada petang ini.

Beliau berkata, lanjutan waktu itu dibuat bagi membolehkan wakil kedua-dua pihak membuktikan bahawa mereka mempunyai sokongan dengan jumlah majoriti mudah bagi membolehkan kerajaan negeri baharu dibentuk.

“Tidak adil bagi Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berjumpa dengan kumpulan lain terlebih dahulu jadi Baginda bertitah akan berjumpa dengan kedua-dua parti tersebut pada jam 2 petang supaya tiada pihak yang akan mempertikaikan,” katanya.

Katanya, penubuhan kerajaan Negeri Perak akan dilaksanakan pada hari sementara keputusan parti yang layak mentadbir negeri itu akan disahkan selewat-lewatnya pada jam 2 petang ini.

“Kalau segala-galanya baginda dapat diyakinkan ada pihak ada memiliki majoriti mudah Baginda tidak mahu menangguhkan kerana kerajaan perlu ditubuh bukan tujuan untuk melengahkan dan ingin menubuhkan kerajaan secepat mungkin,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");