Panasnya Hari Ini

PAS Akan Naikkan Cukai Korporat, Perniagaan Jika Tadbir Negara

KUALA BERANG: PAS pihaknya akan mengenakan cukai kepada orang kaya bagi menggantikan sistem percukaian yang ada ketika ini sekiranya dapat memerintahkan negara

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS akan menaikkan cukai korporat dan perniagaan seperti yang dilakukan ketika memerintah Terengganu pada 1999.

Calon PAS Parlimen Marang itu berkata, sistem itu yang akan digunakan pihaknya apabila dipilih memerintah Malaysia pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini.

“Seperti yang kita lakukan ketika memerintah Terengganu pada 1999, apabila menghapuskan cukai pintu dan bayaran tol di Jambatan Sultan Mahmud serta royalti minyak ditarik balik.

“Ketika itu kita naikkan cukai balak dan industri bagi menampung perbelanjaan kerajaan negeri,” katanya ketika berceramah di FELDA Bukit Bading di sini, malam tadi, lapor Berita Harian.

Abdul Hadi mendakwa, penswastaan menyebabkan rakyat tiada wang kerana untuk ke hospital dan mahu belajar kena bayar.

“Pada masa mula-mula memerintah negara selepas mencapai kemerdekaan, waktu itu diperintah sebagai negara berkebajikan.

“Ketika itu sekolah, hospital percuma, telefon, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan jalan semuanya di bawah kerajaan termasuk ketika di zaman Tun Abdul Razak Hussein.

“Bila zaman Tun Dr Mahathir (Mohamad) ditukar kepada kerajaan korporat dan penswastaan.

“Kerajaan kemudiannya menubuhkan syarikat yang berniaga kerana mahu mengurangkan belanja kerajaan dan berlaku ketirisan serta kebocoran hingga terpaksa mengadakan cukai berlebihan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");