Berita Hari Ini

Peguam Negara Tetap Masuk Pejabat

PUTRAJAYA: Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali tetap masuk ke pejabatnya seperti biasa hari ini.

Difahamkan, beliau tiba di Jabatan Peguam Negara, Presint 4 di sini, jam 8.30 pagi.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan akan menggantikan Mohamed Apandi dengan individu lain bagi menjalankan tugas sebagai Penasihat Undang-Undang Kerajaan dan Pendakwa Raya.

Dr Mahathir turut menyatakan kerajaan di bawah pimpinannya yang baharu dibentuk, tidak mempunyai Peguam Negara.

Beliau berkata, keputusan menggantikan Peguam Negara sedia ada dibuat bagi membolehkan Mohamed Apandi disiasat terhadap keputusannya yang disifatkan beliau sebagai salah, terutama berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mohamed Apandi ketika dihubungi NSTP Sabtu lalu berkata beliau enggan mengulas berhubung kenyataan Dr Mahathir itu dan berkata adalah lebih baik untuk tidak memberi sebarang ulasan.

Sementara itu, tinjauan NSTP di Jabatan Peguam Negara hari ini mendapati wartawan dan jurugambar daripada pelbagai agensi media berkumpul bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung Mohamed Apandi.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");