Perak Hari Ini

PRU14: Zambry Yakin Rakyat Pilih BN

PANGKOR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak menzahirkan keyakinan yang tinggi terhadap rakyat yang mana bakal mengekalkan BN sebagai peneraju negeri pada pasca Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14).

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ianya disandarkan menerusi siri-siri jelajah kempen PRU14 di seluruh Perak yang bermula 29 April yang lalu.

Jelas, di setiap kawasan dan daerah yang dihadirinya menerima respons yang positif daripada rakyat selain berharap ianya akan diterjemahkan pada hari pembuangan undi esok.

“Saya melihat dari segi ‘ground reality’ ianya sangat positif berbanding ‘virtual reality’ sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak.

“Saya dapat saksikan di mana sahaja saya pergi di Negeri Perak, untuk meninjau suasana persiapan pilihanraya, semangat, dan keyakinan rakyat dalam kalangan jentera BN.

“Saya dapat lihat keyakinan mereka itu, dan berharap serta yakin pada esok hari, mereka akan keluar beramai-ramai serta memberi sokongan ini yang tidak berbelah-bahagi,” ujarnya.

Zambry yang juga calon Parlimen Lumut dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor berkata, BN juga mempunyai potensi besar dalam mencapai kemenangan pada pilihanraya umum kali ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ditemui dalam siri jelajah kempen PRU14 terakhirnya menjelang hari pengundian esok, Perkarangan Tokong Foo Ling Kong, dekat sini pada Selasa.

Terdahulu beliau berkesempatan beramah mesra dengan penduduk setempat dan berucap dihadapan lebih 1,000 orang penyokong dekat sini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");