Sukan Hari Ini

Real Madrid Bukan Hanya Ronaldo – Robertson

PERTAHANAN Liverpool, Andrew Robertson, memberikan amaran kepada rakan sepasukannya agar tidak terlalu fokus kepada Cristiano Ronaldo, menjelang aksi final Liga Juara-Juara Eropah menentang Real Madrid.

The Reds bakal melakukan perhitungan di Kiev pada Sabtu manakala skuad bimbingan Zinedine Zidane menyasarkan untuk menjadi pasukan pertama yang memenangi tiga trofi Liga Juara-Juara sejak Bayern Munich melakukannya pada 1976.

Bintang Madrid, Ronaldo, menikmati catatan jaringan dalam beberapa bulan terakhir tetapi Robertson yang merupakan pemain skuad kebangsaan Scotland itu sedar bahawa Madrid memiliki ramai pemain yang berkebolehan tinggi.

“Ia adalah cabaran yang menarik tetapi masalah utama adalah Real Madrid dibarisi pemain-pemain hebat.

“Jika anda terlalu fokus kepada Ronaldo, pemain lain akan menyinar. Bagaimanapun, kami memiliki perancangan tersendiri dan melihat kepada semua kekuatan dan kelemahan mereka.”

Memetik laporan Stadium Astro, Roberson menikmati kebangkitan besar dalam kariernya pada musim ini selepas meninggalkan Hull City untuk ke Liverpool pada 2017 dan pemain berusia 24 tahun itu mahu menggunakan kesempatan yang dimiliki dalam aksi di Stadium NSC Olimpiyskiy.

“Bola sepak dipenuhi dengan turun dan naik tetapi saya akan cuba untuk menikmatinya.

“Sukar untuk tidak memikirkan tentang trofi keenam Liverpool dalam kancah Liga Juara-Juara. Apabila anda berbaring, anda akan memikirkannya.

“Real Madrid berada di final ketiga dalam empat tahun, jadi mereka juga akan cuba untuk bergelar pemenang.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");