Perak Hari Ini

Rosakkan Bahan Kempen: Jangan Lupa Tuhan Sedang Memerhati!

CHEPOR:Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dun Hulu Kinta yang juga penyandang kerusi itu, Datuk Aminuddin Md Hanafiah mengakui berasa hairan dengan tindakan merosakkan papan iklan kempen dan beberapa poster pemimpin BN yang didapati berlaku di sekitar Tambun oleh pihak yang tidak bertanggungjawab semalam.

Katanya, setelah 10 hari ada empat papan iklan berkempen miliknya telah dirosakkan dan terdapat juga beberapa gambar poster pemimpin BN turut dirosakkan.

“Saya menekankan di Tambun ini kita berpolitik mengasihi rakyat dan melakukan pembangunan jarang sangat mendengar kita berpolitik dengan menimbulkan kebencian kepada pihak lain kerana itu bukan cara politik kita

“Bagaimanapun pagi tadi saya dimaklumkan ada empat papan tanda telah dirosakkan saya telah meminta agen saya wakil calon buat laporan Polis dan dimaklumkan  pihak Polis sedang melakukan siasatan dan sedang menjejaki pelaku namun kami bernasib baik kita mendapat nombor kereta pelaku daripada maklumat orang awam.

“Kita nak buat jahat jangan lupa Allah SWT sedang memerhati kerana saya bukan meletakkan papan tanda itu untuk berbangga diri membesarkan diri tetapi itu kaedah berkempen yang berkesan,” katanya.

Katanya tindakan itu juga bukanya untuk melakukan sebarang provokasi terhadap mana-mana pihak.

“Kita dapat maklumat tindakan itu dibuat oleh tiga orang dalam sebuah kereta bagaimanapun pengundi kita ada 46,000 jadi saya yakin pengundi tahu siapa yang telah beri perkhidmatan dan siapa yang datang lima tahun sekali menjanjikan bulan dan bintang,” katanya ketika ditemui pada program muafakat peladang Dun Kinta dan agihan wang Zakat oleh Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak di kampung Ulu Kuang di sini hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");