Berita Hari Ini

Tun Mahathir Umum Tubuh 10 Kementerian

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumum 10 kementerian yang akan membentuk Kabinet awal baharu Pakatan Harapan (PH).

Perdana menteri berkata ini bagi membolehkan mereka segera melaksanakan janji-janji yang dinyatakan dalam manifesto Pakatan Harapan sebelum ini.

Memetik laporan Astro Awani, beliau turut menegaskan peranan semua parti dalam Pakatan Harapan adalah sama.

Justeru semua parti akan mempunyai wakil dalam jemaah menteri berkenaan.

Dalam satu sidang media khas yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini, Tun mengumumkan kementerian terbabit adalah:

1) Kementerian Kewangan,

2) Kementerian Dalam Negeri,

3) Kementerian Pertahanan,

4) Kementerian Pendidikan,

5) Kementerian Pembangunan Luar Bandar,

6) Kementerian Ekonomi,

7) Kementerian Kerja Raya,

8) Kementerian Pengangkutan,

9) Kementerian Multimedia Sains dan Teknologi

10) Kementerian Luar Negeri

Tun Mahathir berkata, nama menteri yang akan menjawat setiap portfolio terbabit akan diumumkan esok selepas perbincangan oleh setiap komponen parti hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");