Berita Hari Ini

Tunggu Kerajaan Umum Pelaksanaan SST: Kastam

SHAH ALAM: Kerajaan tidak akan melaksanakan cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) sehingga diputuskan walaupun penetapan pengenaan kadar sifar cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 Jun depan.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, tarikh sebenar perlaksanaan SST hanya akan dimaklumkan kemudian.

“Oleh yang demikian, semua peniaga hendaklah melaksanakan penurunan harga barang dan perkhidmatan berikutan barang dan perkhidmatan yang dikenakan pada kadar enam peratus akan disifarkan mulai 1 Jun 2018,” katanya, sebagaimana dilaporkan Sinar Online, hari ini.

Justeru katanya, semua peniaga diminta untuk tidak mengeksploitasi hasrat kerajaan menurunkan harga barangan selepas penetapan pengenaan kadar sifar GST.

Subromaniam berkata untuk itu, semua peniaga yang berdaftar perlu mematuhi penetapan pengenaan kadar sifar berkenaan.

“Kerajaan telah menetapkan bahawa bekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat di dalam Malaysia serta barang dan perkhidmatan yang diimport yang dikenakan GST pada kadar standard 6 peratus akan dikenakan GST pada kadar sifar (0 peratus ) berkuat kuasa 1 Jun 2018 dan terpakai di seluruh negara sehingga dimaklumkan kelak.

“Peniaga-peniaga dikehendaki menyalurkan penjimatan daripada kadar standard 6 peratus kepada kadar sifar kepada pengguna dalam bentuk harga yang lebih rendah,” katanya hari ini.

Beliau berkata, kerajaan juga akan mengambil langkah-langkah yang tegas bagi memastikan harga barang dan perkhidmatan yang ditetapkan adalah mematuhi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Katanya, peniaga boleh merujuk kepada soalan lazim berkaitan tempoh peralihan (transitional) enam peratus kepada kadar sifar yang telah dimuat naik di laman web www.customs.gov.my dan portal gst.customs.gov.my.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");