Perak Hari Ini

UMNO Perlukan Nafas Baru Yang Vokal, Segar, Agresif – Pemuda Perak

IPOH: Kepimpinan tertinggi UMNO harus bertanggungjawab atas kegagalan Barisan Nasional (BN) dalam mempertahankan Putrajaya pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) selain menyeru mereka berjiwa besar bagi menerima perubahan kepimpinan.

Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Khairul Shahril Mohamed berkata, parti memerlukan transformasi dari segi kepimpinan dan pendekatan.

Jelasnya, kepentingan parti dan perjuangan bangsa harus diberi keutamaan berbanding kepentingan diri sendiri.

“Kita perlukan ‘nafas baru’ yang vokal, segar dan agresif dalam perjuangan parti sebagai usaha untuk merampas kembali Putrajaya pada Pilihanraya Umum Ke-15,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota pada PRU14 itu turut mengakui isu-isu nasional seperti isu 1MDB, GST dan sebagainya menjadi punca mengapa ramai pengundi muda, yang rata-rata pertama kali mengundi, lebih condong kepada Pakatan Harapan (PH).

Walau bagaimanapun, tambahnya, ia bukanlah sebagai tanda mereka menolak BN secara total kerana BN masih lagi berjaya memenangi 79 kerusi parlimen serta mengekalakan pentadbiran di beberapa buah negeri.

“Anak muda mahukan suara mereka didengari secara terus dan tidak mendapat maklum balas sinis dari pucuk pimpinan apabila sesuatu perkara diutarakan oleh mereka.

“Ahli parti harus menerima perkara ini dengan hati terbuka apabila kita gagal untuk menjadi akar umbi yang baik untuk memberi teguran tulus dan cuba memperbetulkan kepincangan yang berlaku terutama dari aspek kepimpinan parti di peringkat tertinggi,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada PH selain menzahirkan harapan agar mereka menjadi kerjaan yang baik selain melaksanakan manifesto yang telah dijanjikan dahulu.

Khairul turut menyeru seluruh kepimpinan dan ahli UMNO untuk menjadi pembangkang yang baik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");