Perak Hari Ini

Zambry Ingatkan Calon, Berkempen Jangan Ikut Rentak Pembangkang

SITIAWAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak menasihati para calon Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) yang bertanding agar sentiasa tenang dan melemparkan senyuman walaupun menerima tomahan serta cacian daripada pihak-pihak pembangkang.

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir juga mengingatkan agar calon-calon BN tidak mengikuti rentak pihak pembangkang yang gemar melemparkan cercaan terhadap pihak lawan selain menggunakan sentimen-sentimen buruk dalam meraih sokongan pengundi.

“Jangan kita jadi seperti mereka. Rakyat sangat bijak. Mereka akan menilai karakter ataupun sifat calon-calon wakil rakyat.

“Mereka akan membuat penilian yang mana ahli politik yang baik dan mana ahli politik yang hanya kerjanya melemparkan makian,” katanya.

Mengulas tentang perjalanan minggu berkempen, menuju ke hari pembuangan undi, Zambry berkata pergerakkan BN di semua daerah disambut baik oleh setiap golongan masyarakat.

Tambahnya, respon yang diterima calon-calon bertanding daripada pengundi semakin hari semakin menunjukkan tanda yang positif.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu progam bertemu pengundi Dewan Undangan Negeri  (DUN) Astaka, di Kampung Koh, dekat sini, pada Khamis.

Usai di situ, Zambry kemudiannya hadir ke Kampung Banjar, Beruas bagi beramah-mesra dengan penduduk yang hadir.

Ia disertai calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengakalan Baharu, Datuk Abd Manaf Hashim dan Parlimen Beruas, Pang Chok King.

Selepas itu, Zambry yang juga calon BN untuk Parlimen Lumut, turut berkesempatan hadir bertemu pengundi di Kampung Ulu Kayan, Lumut.

Hadir sama, calon BN DUN Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");