Sukan Hari Ini

10 Pemain Muda Dijangka Jadi Tumpuan

AKSI Piala Dunia adalah pentas terbaik untuk mencipta nama.

Kejohanan empat tahun sekali itu tidak pernah gagal melahirkan bintang antara bintang untuk menyinari saingan buat pengganti kepada pemain senior yang ada di antara mereka, Rusia adalah penampilan terakhir.

Bermula dengan Pele, Diego Maradona, Cristiano Ronaldo, David Beckham, Zinadine Zidane, Lionel Messi, Paolo Rossi sekadar menyebut beberapa nama, mungkin sudah terkenal dalam liga pelbagai negara sebelum ini tetapi saingan Piala Dunia adalah tempat mereka mengesahkan kehadiran dan kemudian menjadi penakluk.

Pele, si legenda agung dari Brazil, muncul kali pertama pada usia 17 tahun di Sweden 1958 tetapi namanya benar-benar menggegar apabila membantu ‘sang kenari’ muncul juara buat kali ketiga ketika menewaskan Itali di Mexico pada 1970.

Dia adalah pemain tunggal berjaya meraih pingat juara tiga kali – 1958, 1962 (Chile) dan 1970.

Brazil gagal mempertahankan gelaran di England pada 1966 menyaksikan Pele cedera teruk ketika menentang Bulgaria dan Portugal. Dia mengumum tidak akan mewakili negaranya lagi. Namun mengubah keputusan itu menjelang saingan empat tahun kemudian.

Diego Armando Maradona, satu lagi contoh klasik tentang keajaiban Piala Dunia.Pada 1978 apabila Argentina menjadi tuan rumah dan kemudian muncul juara, Maradona digugurkan dari senarai awal oleh Cesar Luis Menotti atas alasan ia masih budak dan dia sangat kecewa.

Empat tahun kemudian di Sepanyol, ‘budak  dari Buenos Aires’ itu diberi peluang oleh Menotti.

Maradona telah pun mencipta nama bersama Barcelona sebelum itu.

Kehadirannya menjadi tumpuan barisan pertahanan.

Maradona tidak diberi ruang selesa untuk bernafas. Kemuncaknya, dia dilayang kad merah apabila menerjah Batista dari Brazil. Argentina tewas dan terkeluar.

Pada tahun 1986 menyaksikan kelahiran semula Maradona secara ‘Bersendirian’, membawa Argentina muncul juara menewskan Jerman 3-2 dan namanya bertambah masyhur apabila sebelum itu terbabit dangan kontroversi jaringan ‘Hand of God’ ketika suku akhir menentang England.

Selebihnya adalah sejarah.

Pele dan Maradona kemudiannya diiktiraf oleh FIFA sebagai  ‘Pemain Terbaik Sepanjang Zaman’.

Bagaimana pula kali ini? Akan munculkah pemain sehebat  dua legenda hidup yang luar biasa itu? Sukar tetapi ia tetap akan melahirkan bintang baru, paling tidak bakal menghiasi beberapa liga terkemuka dunia.

Berikut biodata ringkas 10 pemain yang dijangka akan meledak.

1 HIRVIN LIZANO (Mexico)
Umur: 22 tahun
Posisi: Sayap
Kelab: PSV Eindhoven (Belanda)

19 gol dalam 34 perlawanan, Lozano membantu kelabnya muncul juara utama Liga Eredivisie Belanda. Sayap kiri pantas ini, diramal mampu membawa Mexico sejauh separuh akhir. ‘Pachuca’ akan bersaing dalam Kumpulan F bersama juara bertahan, Jerman, Sweden dan Korea Selatan.

2 CRISTIAN PAVON (Argentina)
Umur: 22 tahun
Posisi: Sayap
Kelab: Boca Juinors (Argentina)

Bersama Lionel Messi di barisan depan, pemain ini mampu mempamer potensi sebenar. Gemar bertindak di sebelah kiri, Pavon mendapat kepercayaan penuh jurulatih, Jorge Sampaoli untuk berjuang dalam Kumpulan D yang turut membabit Iceland, Croatia, Nigeria.

3 ALEKSEI MIRANCHUK (Rusia)
Umur: 22 tahun
Posisi: Tengah
Kelab: Lokomotiv Moscow (Rusia)

Selain bahagian tengah, Miranchuk juga bijak merancang di bahagian depan. Meledak tujuh gol untuk membantu Lokomotiv menjuarai Liga Rusia, pemain ini akan memberi banyak masalah kepada lawan dalam Kumpulan F membabit Arab Saudi, Mesir, Uruguay.

4 BREEL EMBOLO (Switzerland)
Umur: 21 tahun
Posisi: Penyerang
Kelab: Schalke 04 (Jerman)

Dilahirkan di Younde, Cameroon sebelum berpindah ke Perancis pada usia lima tahun dan setahun kemudian ke Basel, Embolo seorang penyerang yang sangat keras, pantas dan kerja kuat. Switzerland beraksi dalam Kumpulan E bersama Brazil, Costa Rica dan Serbia.

5 RENATO TAPIA (Peru)
Umur: 22 tahun
Posisi: Tengah
Kelab: Feyenoord (Belanda)

Menyinar ketika beraksi pada Piala Dunia Belia 2011, menyaksikan dia diundang Liverpool untuk jalani ujian. Bagaimanapun dia ditolak kononnya tak cukup tinggi walaupun punya ketinggian hampir enam kaki. Peru akan beraksi dalam Kumpulan C bersama Perancis, Australia dan Denmark.

6 SARDAR AZMOUN (Iran)
Umur: 23 tahun
Posisi: Penyerang
Kelab: Rubin Kazan (Rusia)

Digelar ‘Messi Iran’, mahir mengawal bola, Azmoun juga dikaitkan dengan Liverpool pada 2016. Bagaimanapun ia tidak berhasil. Meledak 11 gol dalam 14 perlawanan kelayakan sudah cukup menceritakan kehebatannya. Iran beraksi dalam Kumpulan B bersama Portugal, Sepanyol, Maghribi.

7 ACHRAF HAKIMI (Maghribi)
Umur: 19 tahun
Posisi: Pertahanan
Kelab: Real Madrid (Sepanyol)

Hakimi dilahirkan di Getafe, Sepanyol tetapi memilih jadi warga Maghribi – negara kelahiran ibu bapanya. Pada usia ini, dia sudah pun meraih beberapa gelaran besar termasuk Piala Kelab Dunia dan Liga Juara-Juara bersama Real. Kehadiran Hakimi dalam Kumpulan B, bakal menyulitkan serbuan penyerang Portugal termasuk rakan sepasukan kelab, Ronaldo juga Messi dari Sepanyol.

8 ANDRE SILVA (Portugal)
Umur: 22
Posisi: Penyerang
Kelab: AC Milan (Itali)

Menjaringkan 12 daripada 22 perlawanan untuk Portugal, Silva masih mencari tempat untuk kelab dalam saingan Serie A. Bagaimanapun dia mempamer potensi ketika beraksi dalam saingan Liga Europa dengan meledak enam gol. Bergandingan dengan Ronaldo,  mereka bakal menggerunkan pertahanan Sepanyol, Maghribi dan Iran dalam saingan Kumpulan B.

9 RODRIGO BENTANCUR (Uruguay)
Umur: 20 tahun
Posisi: Tengah
Kelab: Juventus (Itali)

Pintar menggunakan kedua-dua belah kaki, Bentanchur baru musim pertama bersama kelab Itali itu dan mula beraksi untuk pasukan kebangsaan bermula pada Oktober 2017. Jika Uruguay mampu pergi jauh dalam aksi Kumpulan A bersama Rusia, Arab Saudi dan Mesir, ia menjadi peluang terbaik Bentanchur menzahir potensi sebenar.

10 SERGEJ MILINKOVIC-SAVIC (Serbia)
Umur: 23 tahun
Posisi: Tengah
Kelab: Lazio (Itali)

Digelar ‘The Sergeant’, Savic menjaringkan 14 gol untuk Lazio musim lalu. Dengan ketinggian enam kaki empat inci memberi kelebihan kepadanya apabila membabit pertarungan bola di udara. Meraih pingat juara Piala Dunia Bawah 20 dan Kejuaraan Eropah Bawah 19, meningkat keyakinannya untuk berdepan petahanan Kumpulan E membabit Brazil, Switzerland dan Costa Rica.-Mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");