Berita Hari Ini

Ribuan Banjiri Seri Perdana

Puluhan ribu pengunjung menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan anggota jemaah menteri di Seri Perdana di Putrajaya yang bermula pada jam 10 pagi dan akan berakhir jam 4.30 petang hari ini.

Mereka mahu melihat perdana menteri ketujuh yang memegang semula jawatan itu selepas 15 tahun.

Tun Dr Mahathir Mohamad yang berpakaian baju Melayu berwarna ungu kelihatan begitu ceria menyambut kedatangan tetamu dan bersalaman dengan pengunjung di majlis itu.

Berbanding majlis rumah terbuka sebelum ini, kehadiran bukan Melayu dilihat cukup ramai dengan separuh daripada orang ramai yang hadir tahun ini.

Mahathir turut mengunjungi khemah-khemah yang didirikan khas di luar kediaman rasminya dengan pengunjung disajikan dengan pelbagai juadah tempatan.

Antaranya, seperti nasi briyani, char kuetiau, apam balik, sate, soto ayam, ketupat, lemang dan rendang serta pelbagai makanan lain.

Selesai menikmati makanan, orang ramai mula beratur di hadapan pentas bagi berjabat tangan dengan Mahathir dan anggota jemaah menterinya.

Ketika era bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, sesi ucapan hanya diadakan di dalam rumah.

Memandangkan kehadiran besar orang ramai, majlis tersebut terpaksa menghalang orang ramai daripada mengambil gambar swafoto dengan Mahathir dan ahli kabinet bagi memastikan kelancaran acara.

Difahamkan kerajaan menyediakan makanan yang mencukupi bagi melayani jangkaan kehadiran 50,000 orang.

Chan Huei Chuen, seorang suri rumah yang berusia 40 tahun membawa bersama tiga anaknya untuk bertemu Mahathir.

“Saya mahu mereka tahu (politik),” katanya.

“Saya menghormati Dr Mahathir dan saya mahu anak-anak saya bertemu dengan beliau yang sudah berusia 92 tahun,” katanya.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");