Perak Hari Ini

13 Kg Wadai Kipeng Diagih Pada Masjid, Surau Di Taiping

TAIPING:Wadai Kipeng merupakan sejenis manisan istimewa bagi masyarakat Melayu Banjar yang diwarisi sejak berabad tahun dahulu yang memiliki keenakan tersendiri.

Keenakan juadah itu dikongsi bersama orang ramai melalui pengajuran gotong-royong memasak wadai kipeng di Hospital Taiping anjuran Persatuan Islam Jabatan Perubatan, Kesihatan & Pergigian Taiping (PERSIS).

Program tersebut meneruskan rutin tahunannya PERSIS yang mamasuki kali yang ketiga bagi tahun ini yang melibatkan kerjaasama seramai 20 orang ahli Persis dan anggota Hospital Taiping.

Menurut Yang Dipertuanya, Mohd Asri Khusairi hasil masakan juadah itu telah diedarkan kepada masjid dan suraya sekitar Taiping sebagai juadah berbuka puasa.

“Terima kasih kepada semua yang telah berkorban masa, tenaga, dan wang ringgit dalam menyokong aktiviti-aktiviti Persis sepanjang Ramadhan ini. Semoga usaha murni ini diberkatiNya jua.

“Alhamdulillah, hari ini kita dapat bersedekah juadah wadai kipeng kepada masjid-masjid dan surau-surau di sekitar Taiping sebagai juadah istimewa berbuka puasa termasuklah kepada Surau di Tupai, Masjid Air Kuning, Masjid Al-Hidayah Asam Kumbang, Masjid Kamunting dan sebagainya,” katanya memetik kenyataan media hari ini.

Katanya semua pihak yang menerima sumbangan ini mengakui gembira dan teruja untuk menikmati keenakan wadai kipeng semasa berbuka puasa kerana ia semakin sukar didapati dan dijual dimana-mana ketika ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");