Perak Hari Ini

29 Aduan Diterima KPDNKK Perak

IPOH: Sejak dilancarakan 1 Jun lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan ( KPDNKK ) Negeri Perak, menerusi Ops Catut 4.0,  telah menjalankan 560 pemeriksaan yang melibatkan 7,529 barangan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri KPDNKK Perak, Shamsul Nizam Khalil berkata, sebanyak 29 aduan dicatatkan dan lima amaran telah dikeluakan kepada peniaga termasuk satu notis yang melibatkan Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Jelasnya, antara aduan yang diterima ialah berkaitan harga barangan dengan GST 6% yang masih dikekalkan, aduan harga yang naik selepas pelaksanaan GST 0%, dan kekeliruan berkenaan kenaikkan harga barang disebabkan Caj Perkhidmatan dan Dasar Harga Terangkum.

“Kebanyakkan premis kita dapati mereka memerlukan masa untuk mengemaskini tanda harga yang dipamerkan di rak jualan ataupun barangan. Walau bagaimanapun, sistem mesin kira mereka tiada masalah.

“Sebab itu kita beri tempoh 30 hari dan para peniaga ini harus menyediakan notis kepada pengguna di mana mereka harus memberi tahu harga yang dipamerkan itu masih belum di tolak GST 0%.

“Namun apabila dikaunter, harga barangan tersebut harus ditolak semula,” katanya.

Selain itu, Shamsul berkata, Ops Catut 4.0 ini hanya memfokuskan kepada 32,000 presmis yang berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi pelaksanaan GST.

Bagaimanapun jelasnya, bagi yang tidak berdaftar mereka tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil kesempatan dengan sengaja menaikkan harga barangan kerena tidak semua barangan yang dikenakan GST.

“Kita jangka sebanyak 70,000 pemeriksaan akan kita jalankan. Di samping Ops Catut 4.0, kita juga akan melaksanakan Ops lain demi memastikan tiada peniaga yang sengaja mengambil kesempatan khususnya pada musim-musim perayaan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui dalam satu operasi di Jelapang, dekat sini, pada Rabu.

Ia disertai 16 pegawai dan anggota KPDNKK Negeri serta tiga daripada JKDM.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");