Perak Hari Ini

Pemilihan UMNO Kali Ini Penting Untuk Survival Orang Melayu – Sham

IPOH: Ahli yang ingin bertanding bagi mana-mana posisi dalam pemilihan UMNO pada 30 Jun ini harus bersedia sepenuhya untuk berkhidmat kepada parti selain membantu ke arah mengembalikan semula UMNO kepada tampuk pemerintahan negara.

Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat berkata pemilihan parti kali ini amat penting kerana ia bukan sahaja sebagai penentu kepada hala tuju parti malah sebagai survival UMNO untuk terus menjadi pembela masyarakat khususnya orang Melayu.

Jelasnya, sesiapa pun yang akan bertanding, mereka seharusnya berani kehadapan dalam memulihkan kembali imej UMNO untuk kebaikkan masa hadapan.

“Kita nak mencari orang yang benar-benar berjuang untuk memartabatkan kembali UMNO. Jangan sampai UMNO terus diperkotak-katikkan.

“Hari ini saya melihat kita dihina dengan teruk, namun tiada siapa yang bangun. Justeru, kali ini, kita nak cari orang yang benar-benar berjiwa UMNO, berani mempertahankan UMNO,” katanya ketika dihubungi Perak Today, dekat sini, hari ini.

Selain itu, ketika mengulas tentang keterbukaan pimpinan muda yang ingin bertanding pada pemilihan kali ini, Sham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu berkata ia merupakan perkembangan yang positif.

Namun jelasnya, kepimpinan lama juga  tidak harus diketepikan kerana pengalaman mereka yang luas masih diperlukan parti.

 “Di Bagan Serai hampir semua ketua-ketua cawangan lama memberi laluan kepada anak-anak buah mereka yang lebih muda. Ia dilakukan dengan suka rela. Boleh dikatakan hampir 60% nanti di kawasan saya semuanya muka-muka baharu yang bertanding,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sham turut berkata yang beliau akan mempertahankan kerusinya pada pemilihan parti namun  tidak menolak mana-mana pihak yang turut ingin bertanding dikerusi yang disandangnya kini.

“Ada pertandingan, kita bertanding dalam keluarga UMNO. Selepas pertandingan, kita tumpukan untuk memulihkan UMNO pada pilihanraya yang akan datang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");