Panasnya Hari Ini

‘Akan Jadi Singa UMNO’

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau sebaliknya akan menjadi ‘singa’ UMNO dalam sesi Dewan Rakyat yang akan bermula pada Julai hadapan.

“Ada isu yang kata kalau saya kalah, saya akan keluar UMNO, malah ada yang kata saya hanya masuk bertanding Presiden hanya untuk pecah undi.

“”Tiada rundingan untuk pecah undi tuan-tuan. Kalau saya lompat parti, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) akan tampar saya nanti.

“Kalau tidak jadi Presiden, saya akan jadi ‘singa’ UMNO dalam Parlimen,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh pada Majlis Pengenalan Calon Presiden bersama UMNO Pulau Pinang di Seberang Jaya, malam tadi, lapor Harian Metro.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Mengulas lanjut, Khairy mengakui kesal kerana tidak bertegas dengan prinsipnya ketika UMNO berdepan dengan masalah skandal dan persepsi buruk rakyat.

Katanya, perkara itu pernah diusulkan dan dibincangkan bersama kepemimpinan tertinggi UMNO, namun ia tidak diselesaikan secara serius.

“Kita ada bercakap sebenarnya, tetapi tidak sampai ke tahap seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal.

“Apabila nampak mereka dibuang parti, kita terus diam. Saya kesal dan saya minta maaf kerana tidak buat apa yang patut saya buat. Kita tidak akan ulangi lagi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");