Membawang Hari Ini

Alvin Chong Kecewa Sering Diminta Bersunat, Tukar Agama

PELAKON Alvin Chong mengakui dia berasa amat kecewa dengan mentaliti segelintir peminat yang sering meminta dia bertukar agama sejak menceburkan diri dalam pasaran Melayu.

Alvin, 26, berkata, perkara itu sedikit sebanyak menggores perasaannya yang merupakan pengganut agama Kristian.

“Saya kecewa apabila ada orang yang tidak kenal bertanya atau berjenaka berkaitan agama serta bertanya bila saya ingin menukar agama.

“Perkara seperti ini juga berlaku terhadap orang Melayu yang berhijrah keluar negara, mereka juga turut melalui perkara yang sama iaitu akan ada yang bertanya dan meminta mereka tukar agama. Itu yang saya rasa,” ujarnya kepada mStar Online.

Alvin ditemui pada majlis pelancaran single We Got This bersama penyanyi Filipina Isabela Vinzon di Hotel Le Meridien, di sini, malam Rabu.

Dalam pada itu, pelakon Suri Hati Mr Pilot itu memberitahu pendekatan untuk menarik dia mengenali agama Islam sepatutnya dilakukan dengan cara yang lebih baik.

“Dia perlu kenal dan jadi kawan saya dahulu. Kenapa masih ada orang bermentaliti begini di Malaysia?

“Mereka tanya bila saya nak sunat (bersunat), bila nak masuk Islam dan bergurau tentang agama. Bagi saya ia terlalu peribadi. Saya tidak akan balas mesej-mesej begini kerana ia hanya akan menjadi perkara serius dan sensitif,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas kerjaya lakonan, Alvin mengakui pernah menerima tawaran membawa watak lelaki Melayu.

Bagaimanapun, dia terpaksa menolak tawaran tersebut berikutan belum bersedia dan masih belum fasih berbahasa Melayu.

“Ada tawaran yang mahu saya bawa watak lelaki Melayu tapi saya tolak kerana saya rasa tidak bersedia.

“Bahasa Melayu saya masih belum fasih, saya akan minta penulis skrip sama ada dia boleh tukar kepada watak mualaf barulah saya boleh terima,” ujarnya.

Dalam pada itu, bercakap soal lagu terbaharunya We Got This, Alvin berkata, ia merupakan peluang yang baik untuk bekerjasama penyanyi berbakat dari negara Filipina Isabela Vinzon.

Katanya, Isabella mempunyai kekuatan vokal setaraf penyanyi Dayang Nurfaizah.

“Dia seorang yang berbakat besar dan suara dia bagus. Boleh dikatakan sama seperti Dayang Nurfaizah tapi mungkin pengaman dia kurang dibandingkan dengan Dayang.

“Kami membina keserasian dengan berborak kosong dan bertanya tentang kegemaran masing-masing,” ujarnya.

Muzik video rasmi We Got This akan dilancarkan pada 29 Jun ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");