Membawang Hari Ini

Anak Kena Kecam, Datuk Vida Beri Respons

BIARPUN nyanyian Datuk Seri Vida sentiasa dipertikai netizen, namun setiap kali tampil dengan single baharu, pasti sahaja lagunya itu akan mencuri perhatian ramai malah, trending dalam jangka masa yang sangat singkat.

Terbaru, Lagu Lavida Raya yang dilancarkan pada 1 Jun lalu telah trending no. 1 di saluran Youtube, malah menjadi pilihan netizen untuk diparodikan dalam pelbagai versi.

Bagaimanapun, di sebalik kehangatan lagu raya yang sangat ‘catchy’ ini, ada pula cerita yang tak sedap didengar apabila anak Datuk Vida, Cik B yang turut tampil dalam video muzik lagu ini dikecam ramai.

Penampilan Cik B dianggap selekeh, malah pakaian yang dikenakan juga dikatakan agak sendat dan ketat menjadikan ia kelihatan sangat tidak sesuai dengan remaja itu.

Tidak kurang juga yang membandingkan penampilan Cik B dengan ibunya yang dikatakan jauh lebih glamor ala diva.

Menyedari tentang kritikan tersebut, Datuk Vida menerusi Instagram miliknya telah memberikan respons.

“Semalam Rakaman Pop TV Raya. Sebab tu Cik B tak suka keluar TV. Itu pun puas pujuk.

“Terus kena.. Cik B pakai baju dua lapis,” tulis sebagai kapsyen pada sekeping foto ketika hadir ke program Pop TV lapor Sinar Harian.

Apa pun di sebalik kecaman yang diterima, ramai juga netizen yang memberikan sokongan selain kata-kata semangat kepada Cik B.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");