Perak Hari Ini

Tanpa Sokongan Zainol Kerajaan PH Di Perak Masih Jadi Impian- Exco

IPOH:”Tanpa sokongan Zainol Fadzi, kerajaan hari ini masih menjadi impian bagi para penyokong,” begitu ulasan Pengerusi Jawatankuasa Multimedia, Komunikasi, NGO dan Pembangunan Koperasi Perak Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkaitan isu perlantikan Adun Sungai Manik sebagai sebagai Penasihat Khas kepada Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu.

Beliau menerusi satu kenyataan media berkata segelintir penyokong yang membantah keputusan tersebut seakan terlupa bahawa tindakan Datuk Zainol Fadzi Paharudin yang telah membolehkan Kerajaan Pakatan Harapan tertubuh di negeri Perak.

“Para penyokong Pakatan Harapan (PH) bersorak gembira apabila berjaya menubuhkan kerajaan di Perak. Mereka juga bersyukur apabila doa mereka dimakbulkan.

“Ada kalangan rakan-rakan seperjuangan kita yang telah terkandas di tengah jalan. Menodai perjuangan yang telah digenggam erat sebagai jihad menentang kemungkaran.Ada juga kalangan kita yang hanya tersedar apabila sakit terhantuk hentakan realiti kemahuan rakyat. Yang pastinya, mereka tersedar.

“Zainol Fadzi Paharudin, ADUN Sungai Manik telah menyatakan sokongan kepada pembentukan Kerajaan Pakatan Harapan di Perak. Tanpa sokongan beliau, kerajaan hari ini masih menjadi impian bagi para penyokong,” katanya.

Katanya, Zainol telah memahami hakikat biarpun terlewat bagaimanapun Adun Sungai Manik itu dikatakan sama sekali tidak mendesak untuk mengalas jawatan Exco.

“Ada kalangan penyokong yang marahkan pelantikan beliau sebagai Penasihat Kepada Menteri Besar Perak. Mungkin ada yang seakan terlupa bahawa tindakan beliau yang telah membolehkan Kerajaan Pakatan Harapan tertubuh di negeri Perak,” katanya.

Jelasnya, barisan exco yang diketua Menteri Besar sentiasa menitik beratkan agenda rakyat tanpa diganggu gugat oleh pihak yang berkepentingan.

“Kami sentiasa peka dengan keresahan rakyat dan pastinya tidak mahu peristiwa rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat berulang semula.

“Tiba masanya rakyat perlu bersama-sama dengan kerajaan Perak untuk menjadi mata dan telinga bagi memperbetulkan segala kerosakan yang telah dilakukan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");