Berita Hari Ini

Dulu SPAD, Sekarang APAD

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan menubuhkan satu agensi baharu di bawahnya iaitu Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang berperanan merancang pembangunan sektor pengangkutan awam darat negara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata agensi bertaraf jabatan itu akan diketuai seorang Ketua Pengarah yang akan merancang pembangunan sektor pengangkutan awam darat khususnya berkaitan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), rel dan sistem bas.

“Sebelum ini Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang sudah dimansuhkan berperanan dalam segi perancangan dan pembangunan sektor pengangkutan awam darat, jadi peranan itu akan dikekalkan di bawah APAD.

“Apa yang dilakukan SPAD sekarang ini akan diserap dalam APAD. Bezanya ini adalah agensi. Bukan suruhanjaya. Maksudnya kerajaan tidak perlu tubuhkan satu suruhanjaya, tidak ada pengerusi suruhanjaya atau ahlinya.

“Manakala daripada segi penguatkuasaan, pengendalian dan pengeluaran lesen kenderaan swasta atau perdagangan akan dikendalikan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepenuhnya.

“Permohonan lesen atau nak bayar lesen semuanya melalui kaunter JPJ. Jadi selepas kita laksanakan penstrukturan semula tidak ada lagi kaunter berasingan,” katanya pada sidang media di sini, semalam, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");