Sukan Hari Ini

Falcao, Ospina Harap Rodriguez Segera Pulih

RADAMEL Falcao dan David Ospina senada dengan seluruh rakyat Colombia berharap rakan sepasukan, James Rodriguez akan kembali pulih daripada kecederaan.

Rodriguez memulakan perlawanan dalam kesebelasan utama berdepan Senegal di Samara semalam, tetapi terpaksa meninggalkan padang dalam awal permainan selepas mengalami masalah kecederaan otot.

Dalam sidang media pasca-perlawanan, ketua jurulatih, Jose Pekerman, masih tidak mengesahkan bahawa sama ada kecederaan betisnya berulang menyaksikan dia terlepas aksi pembukan Kumpulan H berdepan Jepun.

Yerry Mina menanduk jaringan tunggal perlawanan membenarkan Colombia mengungguli kumpulan dan mara ke pusingan 16 terbaik dan bakal berdepan England di Moscow pada Selasa dan Ospina berharap untuk menyaksikan Rodriguez kembali beraksi.

“Kami berharap kecederaan Rodriguez tidak terlalu serius dan dapat kembali bersama pasukan,” kata penjaga gol Arsenal itu, sebagaimana dilaporkan Stadium Astro.

“Kami menyedari setiap pasukan memiliki elemen istimewa, pemain-pemain yang berkualiti. Kami memikirkan mengenai tugas kami, melakukannya dengan baik dan melihat ke hadapan.

“Kami mempunyai cita-cita yang tinggi yang tinggi dan saingan semakin sukar.

“2014 merupakan kenangan yang istimewa. Kami melalui saat sukar dalam edisi kali ini.

“Tetapi cita-cita ini membantu kami untuk terus melihat ke hadapan. Colombia telah menampilkan permainan yang terbaik dalam setiap perlawanan.”

“Kami mahu berharap apa yang berlaku hari ini dan menganalisanya dengan tenang pada hari esok,” kata Falcao, manakala Mina menyedari kepentingan pemenang Kasut Emas 2014 kepada Colombia.

“Sungguh malang kerana dia terpaksa meninggalkan awal dalam perlawanan ini. Kami perlu membantunya untuk mengharungi proses pemulihan kerana dia seorang pemain yang memberikan kegembiraan kepada Colombia.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");