Perak Hari Ini

FAMA Pantau Operasi Pasar Tani Menjelang Persiapan Syawal

IPOH:Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan menempatkan urus setia pihaknya di 724 pasar tani di seluruh negara sempena Program Jualan Jimat Belanja Aidilfitri @ Pasar Tani yang berlangsung semalam 14 Jun ini di seluruh negara.

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Datuk Ahmad Ishak berkata pihak Fama sentiasa memantau operasi pasar tani dengan meletakkan urus setia bagi mendapatkan maklumbalas dan rungutan daripada pengguna dan peniaga.

“Kita akan meletakkan urus setia Fama bagi mendapatkan maklumbalas serta sebarang rungutan daripada peniaga dan pengguna,” katanya yang hadir pada perasmian program Jualan Jimat Belanja Aidilfitri @ Pasar Tani di Pasar Tani Kampung Simee di sini hari ini.

Katanya lagi, Fama turut mensasarkan sekitar 1,000 operasi pasar tani di seluruh negara bagi menampung keperluan dan bekalan kepada pengguna.

“Penjimatan perbelanjaan pengguna juga adalah sekitar RM20 hingga RM30 jika berbelanja di Pasar Tani.

“Fama turut mensasarkan sebanyak 1,000 pasar tani beroperasi menjelang tahun 2020 kerana setakat ini hanya terdapat 724 pasar tani sahaja bagaimanapun jenis pasar tani adalah pelbagai ada seminggu sekali, hari-hari dan tiga kali seminggu jika dikumpul mencecah sekitar 1,000 operasi pasar tani, pastinya dapatan pasaran kepada petani,penternak serta pengguna juga lebih.

“Sekiranya jumlah pasar tani meningkat sasaran kepada pengeluar akan lebih dan pasaran juga mudah, pengguna pula mudah mendapatkan bekalan jadi petani akan mendapat harga lebih munasabah dan pegguna dapat harga yang berpatutan,” katanya.

Sempena Syawal yang bakal tiba ini, Fama turut memberi jaminan bekalan bahan mentah adalah mencukupi.

Sementara itu menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam,Infrastruktur,Pertanian dan Perladangan, Abdul Yunus Jamhari meminta agar peniaga terus mengekalkan harga yang ditetapkan mengikut pasaran terutama semasa persiapan menyambut syawal yang berbaki sekitar lima hari sahaja lagi.

“Hasil tinjauan hari ini, saya dapati barang harga kawalan dijual lebih rendah dan kualitinya segar seperti daging ayam dan sebagainya jadi saya berharap sekitar lima hari ini peniaga akan terus mengekalkan harga yang ditetapkan.

“Pengguna boleh terus datang ke pasar tani untuk mendapatkan harga yang murah dan bekalan yang segar,” katanya.

Beliau terdahulu turut mengagihkan bubur lambuk kepada pengunjung pasir tani dan beramah mesra dengan para peniaga sekitar pasar tani tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");