Membawang Hari Ini

Fitri Haris Guna Anak Patung Untuk Berdakwah

DENGAN adanya medium teknologi serba canggih, mesej dan seruan dapat dihebahkan tanpa batasan dan mengira waktu. Bagi mereka yang mahu berdakwah, platform pelbagai media sosial seperti Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram serta banyak lagi dapat digunakan sebaik-baiknya.

Justeru itu, juara program Gema Gegar Vaganza musim kedua iaitu Fitri Haris, tidak ketinggalan mengambil peluang dan kesempatan ini memanfaatkan sepenuhnya alam maya untuk melakukan dakwah secara tidak langsung.

Menurut pemilik nama Mohamad Fitri Mohamad Haris, dakwah kreatif ini merupakan salah satu kaedah untuk memberikan nasihat kepada pelayar Internet khasnya ketika di bulan Ramadan.

Pada masa yang sama ia dapat menghilang kesepian ketika berjauhan dengan anak perempuan iaitu Sofea Soleha.

“Sudah tiga tahun saya berada di United Kingdom (UK). Jadi bila berjauhan dengan satu-satunya puteri kesayangan saya, pastinya sesekali muncul rasa sedih dan sunyi.

“Oleh itu, untuk menghilangkan rasa sedih itu saya buat video klip pendek, ‘pelangi dan pelanga’ sejak Ramadan tahun lalu.

“Melalui video ini, saya akan berikan nasihat kepada orang ramai dengan menggunakan anak patung setiap hari pukul tujuh pagi.

“Selain itu, ini juga alternatif saya memberikan nasihat, contohnya kepada mereka yang pergi ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa supaya jangan membazir.

“Kita kena ingat, kita berpuasa menahan diri daripada lapar dan dahaga serta nafsu, jadi kena bersederhana sahaja,” katanya lapor Sinar Harian.

Tambah Fitri, dalam bulan baik ini janganlah kita mengumpat ataupun mengata orang.

“Kita seeloknya jangan buka aib orang lain. Pendek kata, kejarlah pahala di bulan mulia ini dan beramal,” jelasnya lagi.

Selain Fitri, antara rakan selebriti yang aktif berdakwah secara kreatif menerusi alam maya ialah Adam Corrie, juara Imam Muda musim kedua, IM Hassan, PU Riz Ismail, Heliza Helmi, Diana Amir dan ramai lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");