Sukan Hari Ini

PKNP Harap Pelaburan Berbaloi

IPOH: Abu Bakar Fadzim berharap pelaburan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC ke atas pemain import baharu, Karl Max Dany memberi pulangan lumayan.

Pemain dari Chad itu berjaya meyakinkan pegawai pasukan ketika diuji dalam perlawanan persahabatan dan ia diharap bukan satu harapan palsu.

“Dia berjaya menyakinkan kami dalam perlawanan ujian dengan menjaring beberapa gol,” kata Abu Bakar.

“Cuma kini saya berharap dia membuktikan kemampuan dan kehebatannya dalam perlawanan sebenar terutama apabila kami turun menentang Pahang di Stadium Perak, malam esok,” katanya memetik sumber Berita Harian.

Selain Dany, PKNP FC juga mendapat khidmat pemain pertahanan baharu, Kim Sang Woo dari Korea Selatan.

Sang Woo diturunkan ketika PKNP FC menentang Perak di Stadium Perak Sabtu lalu dan berjaya mempamer persembahan meyakinkan.

Abu Bakar berharap kehadiran dua pemain import baharu itu menyuntik semangat juang baharu dalam pasukan untuk menghadapi cabaran seterusnya.

Mengenai pertemuan dengan Pahang malam esok Abu Bakar berkata: “Kami akan bertemu sebanyak empat kali musim ini termasuk dua perlawanan separuh akhir Piala FA.

“Ia akan memberi peluang kepada kami meninjau kekuatan dan kelemahan masing-masing.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");