Berita Hari Ini

Ini Nasihat Anwar Buat Amirudin

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari supaya memimpin berlandaskan mandat rakyat, bekerja sebagai satu pasukan dan memperkukuhkan parti selepas sah menjawat jawatan itu, semalam.

Menurutnya, Amirudin juga perlu memastikan pimpinan dan jentera kerajaan negeri kekal bersih dari rasuah, sifat bermewah dan pembaziran.

“Saya ingin ucapkan tahniah dan selamat menggalas amanah kepada saudara Amirudin Shari atas perlantikannya sebagai menteri Besar Selangor ke-16.

“Berteraskan asas kukuh yang dibina oleh kerajaan negeri pimpinan saudara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini, Selangor telah berjaya menjadi negeri contoh kepada seluruh negara. Semoga Selangor terus dibangun dengan makmur,” katanya sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Amirudin mengangkat sumpah bagi memegang jawatan Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah, jam 10 pagi, pada Selasa.

Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan dan Angkat Sumpah Amirudin berlangsung di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam majlis berkenaan, Amirudin turut melafazkan ikrar aku janji merangkumi 10 perkara yang perlu beliau penuhi serta patuhi sepanjang memegang jawatan itu.

Antara kandungan aku janji tersebut adalah memelihara serta memastikan agama Islam tidak diganggu gugat serta menghormati agama bukan Islam, memelihara institusi raja dari diganggu dan mematuhi arahan Tuanku Sultan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");