Berita Hari Ini

Kementerian Pertahanan Kaji Tambah Baik Kemudahan Warga ATM

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan akan mengkaji untuk menambah baik kemudahan dan insentif yang diberikan kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk anggota veteran.

Menterinya Mohamad Sabu berkata insentif yang diterima warga ATM kini perlu diperhalusi agar sejajar dengan keadaan ekonomi negara.

“Antaranya mengkaji semula kaedah terbaik agar semua anggota mampu memiliki rumah walaupun sebelum ini pernah diwujudkan skim Satu Anggota Satu Rumah (SASAR).

“Selain itu, kita akan melihat semula elaun Iain yang sesuai untuk diberikan kepada anggota Tentera Darat. Ini kerana mereka merupakan tunjang kepada keselamatan sempadan negara yang perlu kita berikan perhatian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa bersama warga Tentera Darat di Kem Perdana Sungai Besi di sini, hari ini lapor Bernama.

Turut hadir Panglima Tentera Darat Tan Sri Zulkiple Kassim dan Timbalan Panglima Tentera Darat Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi serta hampir 1,000 warga Tentera Darat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");