Sukan Hari Ini

Maruah Jadi Pertaruhan Aksi Belgium-England

KRASNOGORSKY, Russia: Thibaut Courtois menegaskan maruah akan menjadi pertaruhan apabila Belgium dan England bakal membuat perhitungan untuk memburu status pendahulu Kumpulan G, Khamis ini.

Dengan kedua-dua pasukan sudahpun mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik, sudah tentu mereka tidak berdepan tekanan besar berbanding pasukan lain yang masih bergantung harap pada aksi terakhir untuk layak ke pusingan berikutnya.

Namun Courtois yang beraksi bersama Chelsea mengakui kedua-dua pasukan sudah tentu mahu meraih kemenangan dan maruah bakal dijadikan motivasi pada aksi yang didominasi pemain dari Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

“Pada saya ia membabitkan maruah. Saya tidak mahu kembali ke England, Julai ini dengan kekalahan. Saya mahu menang dan saya tahu semua pemain turut memikirkan perkara yang sama,” kata Courtois.

“Jelasnya kami sudah layak dan mungkin England akan merehatkan beberapa pemain. Beberapa pemain kami turut dilayangkan kad kuning jadi kami tidak mahu mereka terlepas aksi pusingan kedua nanti.”

“Ia aksi yang berbeza kerana apa sahaja keputusannya, kami akan tetap layak. Jadi mungkin situasi ini mengurangkan tekanan buat kami.

“Namun semuanya adalah demi prestij, semua pemain mahukan kemenangan. Kami kenal ramai pemain England dan begitu juga dengan mereka.

“Ramai menyatakan ia akan bergantung kepada pasukan yang akan kami temui di pusingan 16 terbaik, namun dalam kumpulan itu (Kumpulan H) pun ada empat pasukan yang sememangnya sukar.

“Jadi saya tidak kisah sama ada menamatkan peringkat kumpulan selaku juara ataupun naib juara. Namun jika mahukan aura kemenangan itu, lebih baik kita teruskan momentum kemenangan.” – Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");