Perak Hari Ini

NGO, Persatuan Kebajikan Diminta Kemukakan Keperluan Menyeluruh Bagi Tujuan Pemohonan Bantuan Dana

IPOH: Mana-mana persatuan atau badan bukan kerajaan (NGO) kebajikan yang memerlukan dana daripada kerajaan negeri diminta mengemukakan kertas kerja peruntukan bajet secara menyeluruh untuk sepanjang tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Wong May Ing berkata, langkah tersebut dilihat lebih proaktif yang mana ianya akan memberi ruang kepada kerajaan negeri untuk mengkaji serta mengenalpasti jumlah sebenar yang diperlukan mereka.

Jelasnya, walaupun peruntukan yang sedia ada agak terhad namun kerajaan negeri akan berusaha menambahkan dana untuk NGO yang memohon, menerusi jalinan kerjasama dan program-program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan pihak swasta seluruh Perak.

“Kadang-kala saya ada menerima surat permohonan bajet untuk satu program sahaja. Saya tak tahu agenda lain.

“Mungkin apabila saya dapat membaca keseluruhan bajet mereka untuk sepanjang tahun, kita dapat rasakan yang organisasi tersebut layak mendapat dana yang lebih banyak lagi.

“Jika mereka hanya menghantar satu permohonan sahaja, kita mungkin berpendapat ianya sudah cukup buat mereka dan kita tidak akan menambahkan jumlah lagi bantuan tersebut,” katanya.

Tambah May Ing, setakat ini, lebih daripada 100 NGO dan persatuan kebajikan di Perak yang mendapat bantuan daripada kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika di temui pada Program Bertemu dengan NGO Dari Seluruh Perak di Bangunan Persatuan Pemulihan Sultan Azlan Shah Bagi Orang – Orang Istimewa, dekat sini, pada Isnin.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif persatuan tersebut, Datuk Dr Ramanathan serta lebih 16 wakil-wakil NGO serta persatuan kebajikan  yang terdiri daripada Kiwanis Down Syndrome Ipoh, Sekolah Semangat Maju Ipoh, Persatuan Daybreak dan Kelab Rotary Ipoh..

Dalam pertemuan ringkas tersebut, May Ing berkata bukan sahaja orang ramai, malah masyrakat setempat juga turut kurang menyedari kewujudkan perkhidmatan yang disediakan di sini.

Ujarnya, kerajaan negeri berkemungkinan akan memperuntukan sejumlah dana bagi tujuan promosi dan publisiti terhadap persatuan yang telah beroperasi lebih daripada 30 tahun itu.

Persatuan Pemulihan Sultan Azlan Shah, di sini, menyediakan perkhidmatan seperti rawatan untuk fisioterapi, pesakit autisme, hipoterapi, hidroterapi dan sebagainya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");