Perak Hari Ini

MB Perak Galak Perkongsian Budaya Semua Kaum Dalam Penganjuran Aktiviti Seni

TRONOH:Kerajaan Negeri menggalakkan perkongsian budaya antara semua kaum dalam penganjuran ‘Red Sonata Fiesta (RSF)’ yang dianjurkan setiap tahun.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata pertandingan orkestra Cina yang memasuki kali kelima penganjurannya itu perlu disertai semua bangsa di negara ini dalam usaha menyemarakkan budaya antara semua kaum.

Beliau terdahulu telah mengadakan perjumpaan dengan wakil Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazhong) selaku penganjur Fiesta dengan kerjasama Universiti Teknologi PETRONAS (UTP).

Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazhong) sekali lagi berkerjasama dengan pihak UTP bagi menganjurkan ‘Red Sonata Fiesta 2018’ (RSF2018), pertandingan orkestra Cina selama dua hari bermula 29 Jun ini.

“Saya telah mengadakan perjumpaan dengan
Persatuan Cina Malaysia (Huazhong) melibatakan penyertaan peserta seluruh negara yang datang ke Perak bagi pengajuran Red Sonata Fiesta ini.

“Saya telah membincangkan tentang pendidikan dan budaya bangsa Cina supaya persembahan budaya selepas ini yang perlu menampilkan budaya semua bangsa bukan satu bangsa sahaja,” katanya kepada media selepas sesi perbincangan tersebut hari ini.

Katanya lagi,pihak Huazhong juga menerima baik pandangan tersebut supaya fiesta menampilkan keunikan budaya kaum lain kelak.

“Saya juga mengalakkan kumpulan ini untuk terlibat sama dengan pihak kerajaan dalam program kemasyarakatan di negeri ini.

Terdahulu Pertubuhan Huazhong telah memberikan sumbangan sejumlah RM 150,000 kepada tabung harapan.

Sementara itu penyelaras program Datuk Cheng Lai Hock menyifatkan perbincangan bersama Menteri Besar hari sebagai satu permulaan kepada langkah mengenali budaya antara kaum di Malaysia.

“Kita diberikan cadangan supaya melibatkan sama kaum lain untuk saling mempelajari budaya dan alat muzik kaum lain sebagai langkah membina satu negara yang harmoni,” katanya.

Katanya bagi fiesta kali ini melibatkan penyertaan sekitar 6,000 peserta bagi enam kategori yang dipertandingkan iaitu orkestra besar  Cina, chamber kecil orkestra Cina, band, tarian, koir, dan pertandingan solo.

Pertandingan orkestra Cina berlangsung selama dua hari bermula 29 Jun itu “Bertemakan ‘Reminiscing Fall’, RSF2018 menyediakan platform bagi peminat orkestra Cina mempamerkan bakat dan kemahiran mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");