Perak Hari Ini

MB Perak Mahu Siasat Isu Serbuan Pondok Kadir Al Jaafar

IPOH: Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu mengarahkan semua agensi kerajaan dan pihak berkuasa yang terlibat dalam satu serbuan ke atas Pondok Kadir Al Jaafar, Jalan Gua Tempurung, Kampar, untuk menyerahkan laporan lengkap.

Jelasnya, maklumat yang lebih tepat berkaitan serbuan itu perlu diperoleh terlebih dahulu sebelum membuat sebarang ulasan berhubung isu yang tular di laman sosial sejak semalam.

“Masalah tanah itu masalah yang nyata dan dalam masa sama, kalau benarlah serbuan itu dibuat, kemudiannya ujian air kencing dilakukan kepada para pelajar, sewaktu mereka sedang berkuliah dan sebagainya, saya rasakan itu agak berlebihan.

“Namun, dalam masa sama saya kena mencari maklumat kenapa agensi-agensi berkenaan melakukan tindakan tersebut.

“Adakah terdapat sebarang aduan? Adakah mereka ada maklumat lain yang mereka tahu?,” katanya.

Tambah Ahmad Faizal, pihaknya akan membuat kenyataan lanjut sejurus segala maklumat tentang hal tersebut diserahkan kepadanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Lembaga Air Perak di Casuarina Meru, dekat sini, hari ini.

Semalam, tular di beberapa laman sosial seperti Facebook dan blog yang mendakwa pondok yang didirikan semenjak tahun 2010 itu diserbu 100 orang penguatkuasa.

Dikatakan ia terdiri daripada pegawai dan anggota Pejabat Daerah dan Tanah Kampar, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Agama Islam negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, serta Polis DiRaja Malaysia.

Posting tersebut mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial apabila tajuknya ditulis “ Judi Dihalalkan dan Pusat Judi Makin Tumbuh Bagai Cendawan… Pondok Tahfiz Diserbu”.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");